Friday, April 25, 2008

كتب الخراج و الحسبة و الخطط- SUMBER SEJARAH YANG BERTULIS-oleh Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao



كتب الخراج و الحسبة و الخطط


Ketiga-tiga bahan rujukan ini termasuk dalam sistem ekonomi dan dijadikan sebagai salah satu daripada sumber-sumber pensejarahan. Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusof, tetapi orang yang terawal sekali memperkenalkan Sistem Kharaj adalah Saidina Omar al-Khatab iaitu apabila tentera Islam berjaya menahluki Parsi. Ini kerana sebelum dari zaman Saidina Omar al-Khatab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, tentera-tentera telah berperang dengan golongan-golongan Badawi yang belum menakluki mana-mana negara. Maka, zaman awal ini apa-apa yang berjaya ditakluki ianya dijadikan sebagai harta ghanimah ( harta negara ). Contohnya, orang Badawi ada khemah, keldai dan sebagainya apabila berjaya ditawan, maka akan dijadikan sebagai harta ghanimah.

Apabila Saidina Abu Bakar al-Siddiq menakluki Parsi ( negara maju ) yang lebih dikenali sebagai The First Civilization Of The World, maka pelbagai kemajuan dan harta negara sudah dimiliki, rakyat telah bertamadun. Mereka mempunyai tanah, rumah dan segala keperluan. Maka di zaman Saidina Omar al-Khatab perlu membuat sesuatu peraturan baru. Oleh itu, maka muncullah istilah al-Kharaj. Harta yang dianggap ghanimah ialah harta yang boleh diubah seperti rumah. Manakala harta bukan ghanimah, maka ia perlu membayar al-Kharaj. Contohnya, tanah sama ada ada hasil atau tidak perlu dibayar kharaj ( cukai ).

Sejarawan melihat semua itu sebagai satu sumber pensejarahan. Dengan penelitian ke atas kitab-kitab al-Kharaj itu, kita boleh melihat perkembangan Islam itu sendiri. Al-Kharaj wujud kerana penaklukan yang berlaku atas negara maju dan ini sudah tentu berbeza dengan kedudukan kaum Badawi yang tidak memiliki harta, hidup dalam kesusahan dan berpindah randah.

Saidina Omar al-Khatab menggunakan rasional dan kesesuaian dengan situasi semasa masyarakat dan dengan mengambil kira keadaan semasa untuk melaksanakan al-Kharaj. Sahabat tidak menyetujui sedemikian, ia seolah-olah bercanggah dengan cara Rasulullah saw. Beliau menerangkan semula kepada sahabatnya. Akhirnya, Saidina Omar al-Khatab mengekalkan tindakan tersebut.

Dengan melihat kepada Kitab al-Kharaj, ia mampu melihat akan kewujudan atau punca-punca berlakunya sesuatu perkara di zaman tersebut. Akhirmya, ia dikaji dan dijadikan sebagai satu sumber sejarah. Contoh, dengan melihat kepada Kitab al-Kharaj ini, maka kita dapat mengetahui perkembangan sosiobudaya, suasana masyarakat, perkembangan ekonomi dan kedudukan sesebuah negara.

Cukai ( jiziyah ) yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam. Namun sekiranya, orang bukan Islam itu memeluk Islam, maka ia dikecualikan daripada membayar jiziyah. Manakala, al-Kharaj ini dikenakan kepada semua sama ada orang Islam dan orang bukan Islam yang mengejarkan usaha pertanian atau perindustrian dalam sesebuah negara Islam. Ia melibatkan sesuatu hasil usaha yang memberi pendapatan kepada pengusahanya. Al-Fai pula seperti cukai tanah, tetapi kadarnya tidak sama. Cukai yang dikenakan atas tanah yang dimiliki oleh orang Islam, tapi rendah nilainya. Contohnya, cukai kebun, cukai dusun dan bendang mempunyai kadar nilai yang berbeza antara satu sama lain. Semua ini membuktikan bahawa apabila satu pemerintah sampai satu tahap baru, maka ia akan ubah sistem yang lama kepada satu sistem yang baru.

Dengan melihat kepada keadaan tersebut, maka sejarawan boleh membuat tafsiran dan andaian terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. السواد atau industri pertanian ( ladang gandum ) tidak hanya sebagai keperluan makanan rugi sahaja tetapi sebagai sumber perusahaan yang mendatangkan hasil pendapatan. Ia terdapat di kawasan Halwan dan Qadisiah.

Antara kitab-kitab utama al-Kharaj;

i. كتاب الخراج لأبى يوسف
ii. كتاب الخراج و صنعة الكسابة لأبى الفرج قدامة بن جعفر
iii. كتاب الأحكام السلطانية لأبى الحسن الما وردى
iv. أدب الكسابة لأبى بكر محمد بن يحي الصولى

Manakala Kitab al-Khatath seperti kitab geografi yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber sejarah. Contohnya, dengan melihat kepada persempadanan seseorang sejarawan dapat memahami dan mengetahui akan kewujudan sesuatu ketamadunan. Situasi kehidupan orang moden berbeza dengan kehidupan orang di padang pasir yang mana misalnya apabila kalah dalam sesuatu peperangan, mereka akan melarikan diri atau menjadi hamba kepada pihak yang menang dalam peperangan. Contohnya, Parsi dengan ketamadunannya, mereka tidak lagi mengamalkan sifat-sifat negatif seperti merampas harta dan berperangan lagi.

Oleh itu, kita dapat melihat ciri-ciri ketamadunan masyarakat tersebut. Ianya amat jauh beza dengan Arab di Mekah dan Arab di Madinah masa tersebut. Ibn Abd al-Hakam yang telah menulis kitabnya ح مصر و المغرب و الأندلفتو. Ia membincangkanm mengenai pembukaan Mesir, Maghrib dan juga Andalusia.

Manakala al-Hisbah adalah suatu peraturan yang dikenakan kepada orang yang meinggalkan perkara-perkara makruf. Al-Hisbah juga dikenakan kepada orang-orang yang melakukan kemungkaran. Perkara-perkara sosial ini tidak termaktub dalam al-Quran. Dalam al-Quran terhad kepada zina, larangan mengumpat, hukum riba dan lain-lain. Ia melibatkan segala hukum qatei' seperti hukum zina dan mencuri. Sebahagian hukuman tidak terdapat dalam al-Quran. Maka, peraturan hisbah telah menetapkan hukuman berkaitan dan ianya dapat mencegah dan melarang dari terjebak dalam maksiat dan perkara-perkara larangan Allah SWT. Masyarakat semakin maju, di London dan Singapore misalnya, perbuatan ludah akan didenda dan perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Oleh itu, dengan kitab Hisbah ini, kita akan lebih tahu akan ketamadunan sesuatu negara hingga memacu kepada kemajuan dan kepesatan dalam segala aspek dalam kehidupan.

Antara kitab-kitab al-Hisbah ialah;

i. كتاب معالم القربة فى أحكام الحسبة لمحمد بن محمد القرشى المعروف بابن الأخوة
ii. كتاب نهاية الرتبة فى طلب الحسبة لعبد الرحمن الشيزرى
iii. كتاب آداب الحسبة لأبن عبدون
iv. كتاب الحسبة فى الإسلام لأحمد بن تيمية
Pada keseluruhan penulis kitab ini telah berusaha untuk menulis kitab ini التاريخ و المؤرخون العرب. Usaha murninya seharuskan dihargai dan kitab ini agak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan sejarah terutamanya berkaitan dengan sunber-sumber pensejarahan. Susunan bab juga mudah untuk dirujuk dan dengan adanya daftar isi kandungan, maka ia akan lebih membantu pembaca dan pengkaji sejarah untuk membuat rujukan. Namun yang demikian, terdapat beberapa kelemahan dalam penulisan kitab ini, penulis tidak menyertakan contoh-contoh dalam setiap huraian isinya. Selain itu, bahasa yang digunakan agak tinggi tahapnya. Walaupun begitu, bagi mereka yang mahir dalam Bahasa Arab dan pakar dalam sejarah sahaja dapat membantu memperjelaskan lagi isi-isi kandungan utama dengan penyertaan contoh-contoh dan sebagainya. Walaupun demikian, saya amat menghargai usaha penulis buku ini iaitu Daktor Syed Abdul Aziz Salim menulis dan menerbitkan kitab ini dan saya berasa bersyukur kerana dengan syarahan dan curahan ilmu daripada Prof Madya Dr Ismail Abu Bakar menggunakan kitab ini telah memberi satu ilmu yang amat bermanfaat khususnya dalam metodolgi kajian sejarah ini.

No comments: