Friday, April 25, 2008

Said Rasulullah saw: MY UMMAH MY UMMAH MY UMMAH - created by Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao


My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way

My brothers, my sisters, in Islam
Let's struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

Ya Allah ya rabbal 'alamin..
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Let's become whole again
Proud again
'Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he'd want it to be?
Oh no!
Let us bring back our glory..

Kepentingan Syura Dalam Kehidupan - oleh Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao




Kepentingan Syura Dalam Kehidupan




1.0 PENGENALAN

Konsep syura ( musyawarah ) adalah di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial
yang dibawa oleh Islam. Oleh yang demikian, seseorang itu tidak akan bersendirian pada pendapatnya dan persoalan-persoalan yang memerlukan pendapat orang lain. Ini kerana pendapat dua orang atau lebih dalam sesebuah jemaah itu dianggap lebih mendekati kebenaran daripada pendapat perseorangan.

Dengan pengamalan konsep musyawarah oleh masyarakat dalam satu-satu urusan itu akan dapat mengungkai pintu kesulitan dan memberi ruang kepada sekelompok manusia untuk melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut, dan bersesuaian dengan perbezaan pemerhatian serta tingkat pengetahuan mereka. Oleh yang demikian, keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi ( tassawur ) yang sempurna dan bedasarkan kajian ilmiah yang komprehensif.

2.0 DEFINISI “ SYURA ” DAN “ MASYARAKAT PROGRESIF ”

Merujuk Kamus Dewan ( 1997 ) , syura bermaksud mesyuarat untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak. Manakala masyarakat progresif bermakna kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu untuk menuju ke arah kebaikan atau kemajuan atau semakin meningkat sesuatu kehidupan itu.
Manakala pengertian syura merujuk Ensiklopedia Hukum Islam ( 1997 ), ialah musyawarah atau meminta pendapat orang lain tentang sesuatu masalah yang dipertanyakan.

3.0 DALIL-DALIL MENGENAI SYURA

Al-Quran merupakan Kalamullah yang berupa mukjizat yang diturunkan kepada penutup para Nabi dan Rasul ( Nabi Muhammad saw ) dengan perantaraan malaikat Jibril a.s yang ditulis dalam mashaf. Ia diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan membacanya dianggap sebagai ibadat. Ia dimulakan dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas. ( Sheikh Muhammad Ali As-Shabuni 2002: 3 )

Segala perkara dalam kehidupan ini terkandung dalam al-Quran. Begitu juga dengan konsep syura banyak disebutkan Allah swt dalam al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt :

...فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر...

Maksunya: “… Kerana itu maafkanlah mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu…” ( Ali Imran: 3: 159 )

Merujuk kepada al-Quran dan Terjemahnya ( 1971 ),dalam ayat ini yang dimaksudkan dengan bermusyawarah dalam segala urusan ialah urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya. Yakni berkaitan dengan urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya.

Allah swt juga menjelaskan tentang keutamaan syura ini dalam surah al-Syura ayat 38 dalam firmanNya seperti berikut;

و الديناستجابوالربهم و أقامواالصلاة و أمرهم شورى بينهم و مما رزقناهم ينفقون
Maksunya: “ Dan bagi orang-orang yang menerima ( mematuhi ) seruan Tuhannya dan mendiri solat, sedang urusan mereka ( diputskan ) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ” ( al-Syura: 42: 38 )

Dalam hadith-hadith Rasulullah saw juga banyak menyentuh mengenai konsep syura. Di antaranya ialah seperti mana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya;

“ Bermusyawarahlah dengan kaum wanita ( isteri-isterimu ) dalam urusan anak-anaknya.” ( HR Ahmad )

Hadith ini menunjukkan galakan para wali wanita untuk bermusyawarah dengan ibu anak perempuan dalam masalah perkahwinannya, iaitu seseorang suami bermusyawarah dengan isterinya ketika ingin menikahkan anak gadisnya. Ini kerana ibu lebih tahu terhadap anak perempuannya daripada ayahnya.
Dalam salah satu hadith Rasulullah saw yang dikemukakan bahawa Ali bin Abi Talib pernah menanyakan, “ Seandainya ada masalah yang baru kami hadapi sepeninggalanmu, langkah apa yang harus kami lakukan? ” Rasulullah saw menjawab; “ Kumpulkanlah orang-orang yang ahli dari umatku, lakukanlah musyawarah dengan mereka, dan sekali-kali janganlah kamu memutuskan dengan pendapat peribadi seseorang.” ( HR. Malik )

Jelaslah bahawa al-Quran dan hadith Rasulullah saw amat mengambil perhatian konsep syura dalam kehidupan seharian. Buktinya, surah al-Syura ayat 38 dan surah Ali Imran ayat 159 telah menggariskan kewajipan musyawarah dalam Islam. Musyawarah dalam Islam bersifat inklusif, bukan hanya sesama muslim, malah jua pada non muslim. Ahli Fuqaha’ bersependapat bahawa berdirinya lembaga musyawarah itu adalah satu keharusan demi menjaga kemaslahatan umat. ( Dahlan; Abdul Azis 1997 )

4.0 KEPENTINGAN SYURA

Allah swt berfirman;
وشاورهم في الأمر

Maksudnya: “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam menghadapi sesuatu perkara.” ( Ali Imram; 3; 159 )

Al-Imam al-Nawawi ( 1987 ) menjelaskan ayat tersebut di mana apabila Allah swt menerangkan dengan jelas di dalam kitabNya perintahNya kepada Rasulullah saw bermusyawarah, sedangkan baginda seorang yang berakhlak mulia namun baginda tetap mentaati perintah Allah swt untuk bermusyawarah. Disunatkan bagi seseorang yang menghadapi suatu perkara yang penting bermusyawarah dengan orang yang dapat dipercayai agamanya, pengetahuannya, kecerdasannya, nasihatnya dan waraknya. Disunatkan juga bermusyawarah kepada suatu jemaah yang lebih banyak dengan sifat-sifat tersebut.

Musyawarah sangat diperlukan terutamanya pada hak waliy amr ( penguasa ) seperti sultan, kadi dan seumpamanya. Terdapat hadith sahih yang menerangkan bahawa Umar al-Khattab bermusyawarah dengan para sahabatnya dan beliau rujuk mengikut pendapat mereka.

Dari Tamin al-dari r.a dari Rasulullah saw bersabda;

الدين النصيحة قالوا: لمن يا رسول الله؟ قال لله و كتابه و رسوله و ائمة و عامتهم

Maksudnya; “ Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya: Bagi siapa, wahai Rasulullah saw? Baginda bersabda: Bagi Allah swt, kitabNya, rasulNya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan semua orang awam. ( HR. Muslim )



5.0 PERANAN SYURA DALAM MEMBANGUNKAN MASYARAKAT PROGRESIF

Istilah ahl al-syura sebagaimana yang dikemukakan oleh Abdul Hamid al-Ansari, sebenarnya telah ada sejak zaman al-Khulafa’ al-Rasyidin ( Abu Bakarr al-Siddiq ( 573-634 ), Umar al-Khattab ( 581-644 ), Usman bin Affan ( 576-634 ) dan Ali bin Abi Talib ( 603-661 ), bahkan sejak zaman Rasulullah saw. Namun, peristilahan tersebut belum mencapai pada satu lembaga yang berdiri sendiri dengan anggota tertentu sebagai dikenali sekarang.

Menurut Dahlan dan Abdul Azis ( 1997 ) penggunaan istilah itu terkenal dan popular pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Selepas zaman pemerintahan al-Khulafa’ al-Rasyidin, timbul istilah lain yang semakna dengan ahl al-syura, iaitu ahl al-hal wal al’aqd dan ahl al-ikhtiyar yang bererti “ orang yang bersepakat untuk melepaskan dan mengikat ”. Dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karangan Imam al-Marwadi menyatakan ahl al-hal wa al-‘aqd adalah wakil rakyat yang terdiri daripada para mujtahid dalam bidang hukum Islam.

Dengan pengamalan konsep syura dalam kehidupan manusia akan mempunyai nilai tambah dan manfaat yang baik. Dalam syura memberi input dan output yang memuaskan semua pihak malahan dari segi ilmu jua bertambah kerana perkongsian ilmu sesam ahli syura.

Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya “ Sistem Masyarakat Islam Dalam al-Quran dan al-Sunnah ” mengklasifikasikan galakan bermusyawarah dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
5.1 Syura – Kehidupan individu

Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi ( 1997 ), Islam mendidik seseorang individu Muslim sekiranya hendak melaksanakan sesuatu urusan penting dan di dalamnya masih terdapat banyak perbezaan pandangan dan pendapat sehingga membuatkan individu tersebut dalam keraguan samaada melaksanakan atau sebaliknya. Maka adalah disaranakan agar merujuk dua kaedah dalam rangka untuk memperolehi keputusan yang benar serta muktamad. Iaitu pertamanya, jalan yang bersifat rabbani dan yang keduanya yang bersifat insani.

Kaedah yang bersifat rabbani dijelaskan seperti beristikharah kepada Allah swt pada suatu kebuntuan dengan melakukan solat istikharah dua rakaat, diikuti berdoa yang mana bertujuan meminta pilihan kepada Allah swt kebaikan di dunia dan akhirat, agama, keluarga serta masyarakat. Manakala kaedah yang bersifat insani pula merujuk kepada konsep musyawarah dengan orang yang dipercayai, berpengalaman, berilmu, memberi nasihat dengan keikhlasan. Dengan itu, pergabungan antara beristikharah dan bermusyawarah secara tidak langsung akan melahirkan individu yang progresif.

Umar al-Khattab pernah berkata; “ Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak pula merugikan orang yang bermusyawarah. ” Para sahabat sering bermusyawarah dengan Rasulullah saw ketikanya hayat baginda dan baginda memberikan pendapat yang benar secara baik dan berhikmah. Sebagaimana kita ketahui, bahawa Fatimah binti Qais pernah bermusyawarah dengan Rasulullah saw tentang masalah pernikahannya. Di mana Mu’awiyah dan Abu Jahm mencintainya. Lantas Rasulullah saw bersabda; “ Adapun Mu’awiyah dia adalah seorang yang tidak mempunyai harta, sedangkan Abu Jahm dia tidak pernah meletakkan tongkatnya dari lehernya ( sering memukul wanita).” Kemudian Rasulullah saw menawarkan Fatimah binti Qais bernikah dengan Usamah bin Zaid.
5.2 Syura – Kehidupan berkeluarga

Dalam kehidupan berkeluarga, Islam mengajak kita untuk membina kehidupan keluarga atas dasar musyawarah dan saling redha. Dorongan ini bermula sejak awal pembentukan terbinanya rumahtangga. Imam al-Ghazali ( 1992 ) menyatakan tidak perlu sangsi bahawa apabila hak-hak kekeluargaan dan kerabat saling difahami dan dipenuhi, maka yang lebih utama dan istimewa lagi ialah kepada orang masih menjadi muhrim itu adalah orang tua terhadap anaknya dan anak terhadap orang tuanya. Oleh itu, hak-hak sesama mereka perlu dikukuhkan antara satu sama lain.
Dari segi kedudukan kekeluargaan, konsep syura ini dapat dilihat melalui proses hak-hak sebelum perkahwinan ( peminangan ), semasa perkahwinan dan selepas penceraian. Nas-nas syariat menolak paksaan seorang ayah untuk menikahkan anak perempuannya tanpa mendapat pendapatnya dan persetujuannya. Sebaliknya Islam mengajar agar seorang bapa perlu mendapat persetujuan dan keizinan anak perempuannya terlebih dahulu. Dalam hal ini terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, mafhumnya;

Maknanya; “ Bermusyawarahlah dengan kaum wanita ( isteri-isterimu ) dalam urusan anak-anak. ” ( HR. Ahmad )

Meskipun ia merasa malu, dan tanda izinnya dan persetujuannya ialah diamnya. Ini kerana diam ketika ditawari sesuatu itu menunjukkan redha dan penerimaan ke atasnya. Beginilah yang disebut dalam Taujih Nabawi. Demikian itu kerana ibu lebih mengetahui hal-hal anak perempuannya daripada ayahnya dari segi perasaan dan keinginan. ( Dr. Yusof al-Qardhawi: 2 )

Manakala setelah terbinanya rumahtangga maka wajib bagi suami isteri untuk saling memahami dan saling bermusyawarah dalam hal yang membawa kepentingan bersama, demikian juga untuk kepentingan anak-anaknya di masa depan.

Contoh teladan yang cemerlangnya pendapat Khadijah dan sikapnya pada awal turunnya wahyu, dan betapa yakinnya Khadijah dalam menguatkan semangat Rasulullah saw sehingga beliau berjumpa dengan Waraqah bin Naufal untuk menyatakan keadaan Rasulullah saw. Tindakan yang dilakukan oleh Khadijah adalah demi menenangkan dan menggembirakan Nabi saw.

Selepas penceraian dalam sesebuah kekeluargaan juga menitikberatkan soal penyusuan anak dan sebagainya. Hal yang demikian sudah pasti Islam menggalakkan soal bermusyawarah dan saling redha meredhai antara satu sama lain. ( Dr. Yusof al-Qardhawi: 2 )

Jelaslah bahawa konsep musyawarah amat dititikberatkan semua aspek kehidupan. Dengan bermusyawarah akan membina keluarga yang bahagia dan menjamin kesejahteraan masa depan anak-anak.

5.3 Syura – Kehidupan bermasyarakat dan bernegara

Syura dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara dapat dilihat kepentingannya dari segi unsur berjemaah ( bermasyarakat ) Dalam al-Quran banyak menjelaskan tentang pembangunan masyarakat melalui kaedah-kaedah asasi dan meletakkan dasar-dasar kehidupan Islam. Ini dapat dilihat pada ayat Makkiyyah, surah al-Syura ayat 38. Firman Allah swt;

و الديناستجابوالربهم و أقامواالصلاة و أمرهم شورى بينهم و مما رزقناهم ينفقون

Maksunya: “ Dan bagi orang-orang yang menerima ( mematuhi ) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka ( diputskan ) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ” ( al-Syura: 42: 38 )

Yang dimaksudkan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi ( 1997 ) dengan firman Allah swt و أمرهم شورى, di sini adalah urusan mereka yang bersifat umum, sebagai kepentingan bersama. Itulah yang diperintahkan oleh Allah swt kepada RasulNya untuk bermusyawarah.

Manakala ayat Madaniyyah dapat dilihat pada surah Ali Imran ayat 159. Yang mana Allah swt berfirman;
وشاورهم في الأمر
Maksudnya: “ Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam menghadapi sesuatu perkara.” ( Ali Imram; 3; 159 )

Perintah ayat ini turun semasa Perang Uhud, di mana Rasulullah saw bermusyawarah dengan para sahabat, tetapi Rasulullah saw mengikuti pendapat majority sahabat. Dan hasilnya adalah kekalahan yang menimpa umat Islam sehingga gugur tujuh puluh syuhada’ dari para sahabat pilihan, termasuk di antaranya Hamzah, Mush’a, Sa’ad bin Rabbi dan lain-lain.

Sebagaimana Islam juga memerintahkan seorang hakim ( penguasa ) untuk bermusyawarah dalam segala hal dan ia juga memerintahkan umat untuk memberi nasihat kepadanya pada satu masa lain. Dari Tamin al-dari r.a dari Rasulullah saw bersabda;

الدين النصيحة قالوا: لمن يا رسول الله؟ قال لله و كتابه و رسوله و ائمة و عامتهم

Maksudnya; “ Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya: Bagi siapa, wahai Rasulullah saw? Baginda bersabda: Bagi Allah swt, kitabNya, rasulNya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan semua orang awam. ( HR. Muslim )

Kewajipan beramar ma’ruf dan nahi munkar adalah kewajipan yang bersifat umum. Ia mencakupi para pemimpin dan rakyat secara keseluruhannya. Demikian juga kewajipan dalam memberi nasihat yang benar, nasihat untuk sabar, di mana tidak ada keselamatan bagi manusia dari kerugian dunia dan akhirat kecuali dengan melaksanakan semua itu.

Dalam pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, beliau berkata dalam pidatonya kenegaraannya yang pertama setelah diangkat sebagai khalifah, beliau menjelaskan tentang manhaj dalam pimpinannya:
“ Jika kamu melihat aku dalam kebenaran, maka bantulah aku, tetapi jika kamu melihat aku dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat kepada Allah swt, dan jika aku bermaksiat kepadaNya, maka tidak ada lagi kewajipan atas kalian untuk taat kepadaku.”

6.0 KESIMPULAN

Oleh yang demikian, terserlahlah keunggulan sistem syura yang menjadi asas dalam membangunkan masyarakat progresif. Rasulullah saw sering bermusyawarah dalam kehidupannya dan baginda amat menghargai hasil daripada sesebuah musyawarah meskipun diyakininya bahawa keputusan yang diambil itu bukan langkah yang terbaik. Seterusnya para sahabat juga mengamalkan konsep syura dalam zaman pemerintahan mereka dan sehingga kini negara Islam seperti Iraq juga mengamalkan konsep syura dalam penyelesaian sesuatu perkara.
Dalam kitab Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, Dr. Yusuf al-Qardhawi ( 1998 ) menjelaskan bahawa syura mempunyai sempadan yang tidak boleh dilangkahi. Aqidah keimanan Islam, rukun-rukun amali, asas-asas akhlak dan hukum-hukum qat’inya adalah cirri-ciri asasi yang diterima oleh masyarakat dan di atas asas inilah terbinanya sistem kehidupan.

منهج النبي نوح –عليه السلام – في الدعوة إلى الله- من نور عطيرة مشاعيل تان و أصحبها



منهج النبي نوح –عليه السلام – في الدعوة إلى الله- من نور عطيرة مشاعيل تان و أصحبها

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه وبعد ،

إن القيام بالدعوة إلى الله تعالى فريضة فرض الله على الدولة المسلمة والمسلمين أجمعين على الكفاية. وقد قام بهذه الدعوة رسل الله عليهم الصلاة والسلام


فإن الدعوة إلى الله تعالـى طريق الأنبياء -عليهم السلام- وأتباعهم كما قال تعالى:((قُلْ هَذِهِ سَبيلِي أَدْعُو إلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا ومَنِ اتَّبَعَنِي وسُبْحَانَ اللَّهِ ومَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِينَ (( وكان مما اعتنى به الـقـرآن الكريم ذكر قصص دعوات الأنبياء ، وتصويرها بأبلغ أسلوب، وعـرضـهـا بأدق عبارة، حـتـى أصـبـحــت أخبارهم في القرآن نماذج حيّة يحتذيها الدعاة ويقتبسون مـن نـورها ، ويهتدون بهـــداها. قال الله تعالى ((أُوْلَئِكَ الَذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ)) فيأمر الله سبحانه وتعالى في هذه الآية نبيه محمداً صلى الله عليه وسلم أن يقتدي بمنهج الأنبياء وأن يقتفي أثرهم وأن يسير على سنتهم .ومعلوم أن الخطاب للنبي صلى الله عليه وسلم خطاب لأمته من بعده إلى قيام الساعة .فعليهم الاقتداء والاهتداء إلى معالم الدعوة المذكورة في قصصهم .

ونتساءل معشر القراء لماذا يُبدئ القرآن ويعيد في الحديث عن منهج الأنبياء والحديث عن قصص الأنبياء وتتكرر الآيات والسور عن هذا المنهج إشارة أو إيماء أو تفصيلاً، فلا يكاد يخلو جزء من القرآن الكريم من قصة دعوة نبي من الأنبياء، أو إشارة إليه وإلى ما جرى بينه وبين قومه، وفي هذا دعوة إلى أولئك الذين يقرؤون ذلك الكتاب ويتعبدون الله بتلاوته إلى أن يسيروا وفق هذا المنهج وأن يرتسموا معالمه ويسلكوا خطاه.



. وقد اخترنا دراسة موضـوع الدعوة إلى الله من خلال قصة إمام الحنفاء وأبي الأنبياء إبراهيم - عليه السلام - ولم يكن اختياري لهذه الدعوة جزافاً بل لأسباب أوجزها فيما يلي :

أولاً : أنها دعوة خليل الرحمن، ومؤسس الحنيفية، وأحد أولي العزم الخمسة من الرسل .

ثانياً : أن رسولنا محـمــداً - صلى الله عليه وسلم - قد أمر باتباع ملته ((ثُمَّ أَوْحَيْنَا إلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إبْرَاهِيمَ حَنِيفاً ومَا كَانَ مِنَ المُشْرِكِينَ)) .

ثالثاً : تلك الصفات العظيمة التي تحلى بها إبراهيم حتى قال الله تعالى فيه ((..وإبْرَاهِيمَ الَذِي وفَّى)) فكانت نبراساً يقتفى أثره فيها الدعاة إلى الله .

رابعاً : استغراق القرآن واستقصاؤه لأساليب نوح المتنوعة في عرض دعوته على قومه ، حتى إنه ليعز على الباحث أن يجد لنبي من الأنبياء خلا نبينا - صلى الله عليه وسلم - مثلما يجد لهذه الأيام من الطرائق والسبل في إقناع المدعوين وترويضهم على قبول الدعوة . ولا غرو فقد سنَّ للناس من بعده من الدعوة أساليب لم تعهد لأحد من قبله ولم تقف عند حد الكلمة بل تخطتها إلى الحركة والفعل .

خامساً : رسمت هذه الدعـــوة للدعاة منهاجاً في الصبر يحق لهم أن يقتدوا به ، فقد صبر نوح -عليه السلام- في أحــــوال مختلفة وظروف متباينة وأعمال متنوعة كالصبر على تكذيب قومه له واستهزاءهم به وسخريتهم لعمله ، وغير ذلك .

وسنعرض الموضوع من خلال نماذج من أساليب الدعوية التي سلكها نوح -عليه السلام- في نشر دعوته






عبد الوهاب بن لطف الديلمي ، معالم الدعوة في قصص القرآن ، الطبعة الثانية ، مكتبة الإرشاد ، صنعاء ، اليمن ، 1419هـ - 1998م ج 1 ص


أساليب الدعوة إلى الله البيان بالحجة والبرهان
دفع شبه الأعداء
التأييد بالمعجزات والخوارق
الترغيب والترهيب
الأسوة الحسنة أو التطبيق العملي
موقع الجهاد من أساليب الدعوة

مواقف الأمم في الدعوة
موقف المترفين واصحاب السلطة وأثرهم في إضلال العامة
الاستهزاء بالرسل وأتباعهم والسخرية منهم
طلب الآيات تعنتا
طلب إنزال الآيات العاجل عليهم
موقف المستضعفين
رد فعل المترفين للمؤمنين
محاولة زعزعة الثقة بالإفك و الباطل
1- التشكيك في سلامة عقول الرسل
2- التشكيك في إخلاص الرسل
3- التشكيك في صدق الرسل

محاولة الصد عن العوة بالإغراء
محاولة الصد عن الدعوة بالتهديد والإنذار

ذكر القرآن الكريم لدعوة إبراهيم عليه السلام ثلاث مراحل ، نوجزها فيما يل

أساليب إبراهيم في الدعوة

أولاً : أساليب النظر


أساليب نوح عليه السلام

أولا : أساليب النظرية

1- تقرير توحيد الألوهية ببيان دلائل الربوبية

جـمــيع دعــوات الرسل قائمة على تقرير توحيد الألوهية الذي من أجله خلق الله الثقلين ((ومَا خَلَقْتُ الـجِـنَّ والإنـسَ إلاَّ لِيَعْبُدُونِ)) ، وهو الذي اختلف الناس فيه ، ووقع لديهم بسببه زيغ عظيم ، ولذلك أخـبـــرنا الله عن هدف بعث الرسل بقوله ((ولَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ واجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ )).

أما توحيد الربوبية : فأكثر الناس مـتـفـقون عليه ، وهو الإقرار لله بالخلق والتدبير والملك ((ولَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ والأَرْضَ لَـيـَقـُولُنَّ اللَّهُ)) وتوحيد الربوبية مستلزم لتوحيد الألوهية ، فالذي يستحق العبادة وحده هو الــذي يـخلق ويرزق ، ويحي ويميت ، وينفع ويدفع ، ويملك ويدبر ، وقد بيّن الأنبياء لأقوامهم هذا أتم بيان ، ومنهم إبراهيم ((إذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّهَ واتَّقُوهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * إنَّمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَوْثَاناً وتَـخْـلُـقُـونَ إفْـكـاً إنَّ الَذِينَ تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقاً فَابْتَغُوا عِندَ اللَّهِ الرِّزْقَ واعْبُدُوهُ واشْـكـُـرُوا لَـهُ إلَـيْـهِ تُرْجَعُونَ)) فبين أن الله هو الرزاق ، فهو إذن المستحق للعبادة دون سواه ممن لا يملكون لأنـفـسـهـم - فـضـلاً عن غيرهم - رزقاً ولا نفعاً ولا ضراً، وقال: ((أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ * أَنتُمْ وآبَاؤُكُمُ الأَقْدَمُونَ * فَإنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إلاَّ رَبَّ العَالَـمـِـينَ * الَذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ * والَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي ويَسْقِينِ * وإذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ * والَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ...)) وأمثلة ذلك كثيرة.

2- التصريح بقصد النصيحة وأنه لا هدف للداعي إلا نفع المدعوين وأنه لا يريد على ذلك حظا من الدنيا :

إن إعـلان الـداعـيـة عـن هــذا للمدعوين من شأنه أن يلين قلوبهم ، ويدعوهم إلى تأمل ما يُدعون إليه ، ولقد درج على ذلك الأنبـيـاء جميعاً ، فقال نوح : ((ويَا قَوْمِ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاً إنْ أَجْرِيَ إلاَّ عَلَى اللَّهِ..)) وقـال هــــود: ((يَا قَوْمِ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إنْ أَجْرِيَ إلاَّ عَلَى الَذِي فَطَرَنِي)) وفي سورة الشعراء ذكــر الله :((ومَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إنْ أَجْرِيَ إلاَّ عَلَى رَبِّ العَالَمِينَ)) ذكرها عن نوح وهود وصـالـح ولوط وشعيب ، وقال محمد -صلى الله عليه وسلم-:((قُلْ مَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ فَهُوَ لَكُمْ إنْ أَجْــرِيَ إلاَّ عَلَى الله وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ)) .
وحكى الله عن إبراهيم أنه قال لأبيه :((يَا أَبَتِ إنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْـمـَنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ ولِياً)) فهـو لا يريد شيئاً من أبيه ، وإنما يخاف عليه من عذاب الرحـمن، فـيـكـون ولـيــاً للـشيطان ، وتأمل في العبارات التي نطق بها إبراهيم : (أخاف) و(يمسك) و(عذاب من الرحمن) تُلفها تعبر بصدق عما يكنه إبراهيم لأبيه.

3- الدعوة بالحكمة والموعظة الحسنة :

وقد جاءت جلية في دعوته لأبيه وخطابه الرقيق الحاني المتدفق ليناً - وعطفاً ولطفاً ، اتباعاً للحكمة التي تقرب المدعو من الدعوة وتلين قلبه للاستجابة.

4- التشنيع على المعبودات الباطلة وعابديها :

لما بين إبراهيم لقومه دعوته ، وألان لهم الخطــاب ، لعنهم يستجيبون ، وما زادهم ذلك إلا التمادي في باطلهم ، فما كان من إبراهيم إلا أن أظهر تهافت معبوداتهم وأحنق النكير عليهم ، فقال :((مَا هَـذِهِ التَّمَاثِيلُ الَتِـي أَنـتُــــمْ لَهَا عَاكِفُونَ)) فسماها تماثيل ولم ينعتها بوصف (الألوهية)، ولمـا ظهر له أنهم لا يعتمدون فيما فعلوا على حجة وبرهان قال لهم: ((لَقَدْ كُنتُمْ أَنتُمْ وآبَاؤُكُمْ فِي ضَلالٍ مُّبِينٍ)) وزاد فقال :((أُفٍّ لَّكُمْ ولِمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَفـَــلا تَعْقِلُونَ)) ولقد برهن لهم على سفههم ما سوغ في تهكمه بتصرفاتهم حيث سألهم: ((هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إذْ تَدْعُونَ * أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ)) فإن أقل ما يقال في هؤلاء المعبودين أنهم لا يسمعون كعابدين فكيف يجلبون لهم نفعاً أو يدفعون عنهم ضراً؟

5- التذكير بنعم الله على عباده :

جبلت النفوس على حب من أحسن إليها ولذلك عنىَ الدعاة إلى الله بتذكير الخلق إحسان الله إليهم ليكون ذلك أدعى إلى قبول الدعوة فهذا هود يقول :(( واذْكُرُوا إذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وزَادَكُمْ فِي الخَلْقِ بَصْطَةً فَاذْكُرُوا آلاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)). وقال صالح :(( واذْكُرُوا إذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ عَادٍ وبَوَّأَكُمْ فِي الأَرْضِ تَتَّخِذُونَ مِن سُهُولِهَا قُصُوراً وتَنْحِتُونَ الجِبَالَ بُيُوتاً فَاذْكُرُوا آلاءَ اللَّهِ ولا تَعْثَوْا فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ)) وأما إبراهيم فقال :(( أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ * أَنتُمْ وآبَاؤُكُمُ الأَقْدَمُونَ * فَإنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إلاَّ رَبَّ العَالَمِينَ * الَذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ * والَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي ويَسْقِينِ * وإذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ * والَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ * والَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ))

6- التذكير بأيّام الله :

ما مـن أمــة تَخْلف في الأرض إلا وتنظر في أحوال من سلف من الأمم تتبع مواطن العبرة فيها، فتستفيد من الإيجابيات ، وتحذر من السلبيات ، وكان أنبياء الله يذكرون أممهم بأحوال الغابرين ممن كذبوا أو آمنوا ، فيذكرونهم بعاقبتهم ، وينذرونهم أن يحل بهم ما حل بمن كفر من أمم الأرض، لعلهم يتعظون أو يرتدعون، ولذا قال إبراهيم لقومه :(( وإن تُكَذِّبُوا فَقَدْ كَذَّبَ أُمَمٌ مِّن قَبْلِكُمْ ومَا عَلَى الرَّسُولِ إلاَّ البَلاغُ المُبِينُ)) أي فـقــد كذبت أممٌ أنبياءهم فحل بهم ما تعلمون من العذاب ، فإن فعلتم عوقبتم بمثل عقابهم، ومــــا على الرسول إلا البلاغ المبين.

7- المناظرة والتدرج في إفحام الخصم :

8- استثارة الخصم :
والمقصود بذلك : تحريك نفوس المدعوين ، وتنبيه عقولهم ، ولفت أنظارهم إلى الأمر الذي يدعوهم إليه الداعية.


ثانياً : الأساليب العملية :

1- القدوة : لقد كان إبراهيم مثالاً يحتذى في الخير ،

ولذلك وصفه الله بقوله ((إنَّ إبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً)) أي جامعا للخير ، كلفه الله بأمور فقام بها خير قيام ((وإذِ ابْتَلَى إبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ)) وكان الجزاء : ((إنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إمَاماً)) فالسبب الذي أهله للإمامة إتمامه الكلمات التي ابتلاه ربه بها ، ومن أجل ذلك أُمر نبينا -صلى الله عليه وسلم- باتباع ملته (ثم أوحينا إليك ان اتبع ملة ابراهيم حنيفا) وأُمرت هذه الأمة أن تأتسي بإبراهيم ومن معه ، لكونهم قدوة (قد كانت لكم أسوة حسنة في إبراهيم والذين معه) والأمر الذي نهينا عن الإقتداء بإبراهيم فيه استغفاره لأبيه »إلا قول إبراهيم لأبيه لأستغفرن لك ، وما أملك لك من الله من شيء« وقد تقدم ذكر بعض من صفات هذا النبي الكريم وأساليبه وأعماله وما كان به قدوة للمصلحين من بعده (ومن يرغب عن ملة إبراهيم إلا من سفه نفسه).

2 - البداءة بالأهم : بدأ إبراهيم بالدعوة إلى توحيد العبادة ،

وهو أهم ما يدعي إليه ، وأول ما يبدأ به (وإبراهيم إذ قال لقومه اعبدوا الله واتقوه ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون

3- اللين والشدة : وهذا ظهر جليا في دعوته لأبيه ، وفي دعوته لقومه

فقد دعا كلا منهم باللين والاستعطاف ، لعل كلامه يتخلل قلوبهم ، ولينه يعطف أفئدتهم لقبول الحق الذي جاء به ، ولكن ما زادهم إلا عتوا ، فما كان منه إلا أن أغلظ لهم القول ، وشدد اللهجة ، ففي اللين قال :((يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لا يَسْمَعُ ولا يُبْصِرُ ولا يُغْنِي عَنكَ شَيْئاً)) وفي الشدة قال : ((وإذْ قَالَ إبْرَاهِيمُ لأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً آلِهَةً إنِّي أَرَاكَ وقَوْمَكَ فِي ضَلالٍ مُّبِينٍ)

4- البراءة والمعاداة : التي تعني البراءة من الشرك وأهله واعتزالهم ،

وهي أصل من أصول العقيدة ومن مستلزمات (لا اله إلا الله). قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : »أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض في الله« ومفاصلة خصوم الدعوة ارتفاع بالنفس والعقيدة إلى المستوى اللائق بهما ، فلا يستوي حزب الله الذى كتب الله له العزة والكرامة وحزب الشيطان الذي كتب الله له الذلة والهوان ، وفيها إشعار لأولئك الخصوم بأنهم على باطل ، وأن الأمر ما وصل بالداعية إلى المقاطعة إلا لحق يعتنقه ويدعو إليه ، فيكون ذلك ردعا لهم عما هم فيه. وفيها قطع لآمال أعداء الدعوة في الحصول على تنازلات من الدعاة ، يستدرجونهم بها.

5- الدعاء والتضرع : وهو السلاح الذي لا يحق للمؤمن أن يسير في ركاب الحياة بدونه،
وقـد امـتـدح الله خليله بدعائه فقال : ((إنَّ إبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ)) وقد تقدم معنى (الأواه) ، ولــــذا تل أن نجد موطنا تذكر فيه دعوة إبراهيم إلا ويذكر معها جانب من تضرعه ودعائه ومن ذلك : ((رَبَّنَا وابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً ...)) ، ((رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ)) ، ((وتُبْ عَلَيْنَا إنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ)) ، ((واجْنُبْنِي وبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ)) ، ((رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ ومِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وتَقَبَّلْ دُعَاءِ)) ، ((رَبَّنَا اغْفِرْ لِي ولِوَالِدَيَّ ...)) ، ((رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَداً آمِناً وارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ...)). إلى آخر ما هناك من الدعوات المباركات ، التي تضرّع بها إبراهيم ، وخلدها القرآن ، فكان قدوة في اللجوء إلى الدعاء.

6- تحطيمه للأصــنـــام : لم يكتفي إبراهيم في دعوته بالكلمة والحجة التي أبطل بها حجج الخصوم ، بل عضد ذلك بعمل كبير ،

أقدم عليه بشجاعة وعلو همة ، وهو تحطيم الأصنام التي تعلق بها قومه ، حتى صرفهم تعلقهم بها عن التفكير في حقيقتها ، والنظر في ماهيتها ، فأراد إبراهيم أن يبين عن ذلك بالقول والفعل فكان بيانه القولي الذي شرحنا طرفا منه فيما تقدم ، وكـــــان بيانه الفعلي بما أقدم عليه من تحطيم الأصنام ، وجعلها جذاذاً ((إلاَّ كَبِيراً لَّهُمْ لَعَلَّهُمْ إلَيْهِ يَرْجِعُونَ))


الهجرة : ذكر الله تعالى هجرة الخليل في ثلاثة مواطن

فقال : ((ونَجَّيْنَاهُ ولُوطاً إلَى الأَرْضِ الَتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ)) ((وقَالَ إنِّي ذَاهِبٌ إلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ)) .

كتب الخراج و الحسبة و الخطط- SUMBER SEJARAH YANG BERTULIS-oleh Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao



كتب الخراج و الحسبة و الخطط


Ketiga-tiga bahan rujukan ini termasuk dalam sistem ekonomi dan dijadikan sebagai salah satu daripada sumber-sumber pensejarahan. Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusof, tetapi orang yang terawal sekali memperkenalkan Sistem Kharaj adalah Saidina Omar al-Khatab iaitu apabila tentera Islam berjaya menahluki Parsi. Ini kerana sebelum dari zaman Saidina Omar al-Khatab dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq, tentera-tentera telah berperang dengan golongan-golongan Badawi yang belum menakluki mana-mana negara. Maka, zaman awal ini apa-apa yang berjaya ditakluki ianya dijadikan sebagai harta ghanimah ( harta negara ). Contohnya, orang Badawi ada khemah, keldai dan sebagainya apabila berjaya ditawan, maka akan dijadikan sebagai harta ghanimah.

Apabila Saidina Abu Bakar al-Siddiq menakluki Parsi ( negara maju ) yang lebih dikenali sebagai The First Civilization Of The World, maka pelbagai kemajuan dan harta negara sudah dimiliki, rakyat telah bertamadun. Mereka mempunyai tanah, rumah dan segala keperluan. Maka di zaman Saidina Omar al-Khatab perlu membuat sesuatu peraturan baru. Oleh itu, maka muncullah istilah al-Kharaj. Harta yang dianggap ghanimah ialah harta yang boleh diubah seperti rumah. Manakala harta bukan ghanimah, maka ia perlu membayar al-Kharaj. Contohnya, tanah sama ada ada hasil atau tidak perlu dibayar kharaj ( cukai ).

Sejarawan melihat semua itu sebagai satu sumber pensejarahan. Dengan penelitian ke atas kitab-kitab al-Kharaj itu, kita boleh melihat perkembangan Islam itu sendiri. Al-Kharaj wujud kerana penaklukan yang berlaku atas negara maju dan ini sudah tentu berbeza dengan kedudukan kaum Badawi yang tidak memiliki harta, hidup dalam kesusahan dan berpindah randah.

Saidina Omar al-Khatab menggunakan rasional dan kesesuaian dengan situasi semasa masyarakat dan dengan mengambil kira keadaan semasa untuk melaksanakan al-Kharaj. Sahabat tidak menyetujui sedemikian, ia seolah-olah bercanggah dengan cara Rasulullah saw. Beliau menerangkan semula kepada sahabatnya. Akhirnya, Saidina Omar al-Khatab mengekalkan tindakan tersebut.

Dengan melihat kepada Kitab al-Kharaj, ia mampu melihat akan kewujudan atau punca-punca berlakunya sesuatu perkara di zaman tersebut. Akhirmya, ia dikaji dan dijadikan sebagai satu sumber sejarah. Contoh, dengan melihat kepada Kitab al-Kharaj ini, maka kita dapat mengetahui perkembangan sosiobudaya, suasana masyarakat, perkembangan ekonomi dan kedudukan sesebuah negara.

Cukai ( jiziyah ) yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam. Namun sekiranya, orang bukan Islam itu memeluk Islam, maka ia dikecualikan daripada membayar jiziyah. Manakala, al-Kharaj ini dikenakan kepada semua sama ada orang Islam dan orang bukan Islam yang mengejarkan usaha pertanian atau perindustrian dalam sesebuah negara Islam. Ia melibatkan sesuatu hasil usaha yang memberi pendapatan kepada pengusahanya. Al-Fai pula seperti cukai tanah, tetapi kadarnya tidak sama. Cukai yang dikenakan atas tanah yang dimiliki oleh orang Islam, tapi rendah nilainya. Contohnya, cukai kebun, cukai dusun dan bendang mempunyai kadar nilai yang berbeza antara satu sama lain. Semua ini membuktikan bahawa apabila satu pemerintah sampai satu tahap baru, maka ia akan ubah sistem yang lama kepada satu sistem yang baru.

Dengan melihat kepada keadaan tersebut, maka sejarawan boleh membuat tafsiran dan andaian terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. السواد atau industri pertanian ( ladang gandum ) tidak hanya sebagai keperluan makanan rugi sahaja tetapi sebagai sumber perusahaan yang mendatangkan hasil pendapatan. Ia terdapat di kawasan Halwan dan Qadisiah.

Antara kitab-kitab utama al-Kharaj;

i. كتاب الخراج لأبى يوسف
ii. كتاب الخراج و صنعة الكسابة لأبى الفرج قدامة بن جعفر
iii. كتاب الأحكام السلطانية لأبى الحسن الما وردى
iv. أدب الكسابة لأبى بكر محمد بن يحي الصولى

Manakala Kitab al-Khatath seperti kitab geografi yang boleh dijadikan sebagai salah satu sumber sejarah. Contohnya, dengan melihat kepada persempadanan seseorang sejarawan dapat memahami dan mengetahui akan kewujudan sesuatu ketamadunan. Situasi kehidupan orang moden berbeza dengan kehidupan orang di padang pasir yang mana misalnya apabila kalah dalam sesuatu peperangan, mereka akan melarikan diri atau menjadi hamba kepada pihak yang menang dalam peperangan. Contohnya, Parsi dengan ketamadunannya, mereka tidak lagi mengamalkan sifat-sifat negatif seperti merampas harta dan berperangan lagi.

Oleh itu, kita dapat melihat ciri-ciri ketamadunan masyarakat tersebut. Ianya amat jauh beza dengan Arab di Mekah dan Arab di Madinah masa tersebut. Ibn Abd al-Hakam yang telah menulis kitabnya ح مصر و المغرب و الأندلفتو. Ia membincangkanm mengenai pembukaan Mesir, Maghrib dan juga Andalusia.

Manakala al-Hisbah adalah suatu peraturan yang dikenakan kepada orang yang meinggalkan perkara-perkara makruf. Al-Hisbah juga dikenakan kepada orang-orang yang melakukan kemungkaran. Perkara-perkara sosial ini tidak termaktub dalam al-Quran. Dalam al-Quran terhad kepada zina, larangan mengumpat, hukum riba dan lain-lain. Ia melibatkan segala hukum qatei' seperti hukum zina dan mencuri. Sebahagian hukuman tidak terdapat dalam al-Quran. Maka, peraturan hisbah telah menetapkan hukuman berkaitan dan ianya dapat mencegah dan melarang dari terjebak dalam maksiat dan perkara-perkara larangan Allah SWT. Masyarakat semakin maju, di London dan Singapore misalnya, perbuatan ludah akan didenda dan perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Oleh itu, dengan kitab Hisbah ini, kita akan lebih tahu akan ketamadunan sesuatu negara hingga memacu kepada kemajuan dan kepesatan dalam segala aspek dalam kehidupan.

Antara kitab-kitab al-Hisbah ialah;

i. كتاب معالم القربة فى أحكام الحسبة لمحمد بن محمد القرشى المعروف بابن الأخوة
ii. كتاب نهاية الرتبة فى طلب الحسبة لعبد الرحمن الشيزرى
iii. كتاب آداب الحسبة لأبن عبدون
iv. كتاب الحسبة فى الإسلام لأحمد بن تيمية
Pada keseluruhan penulis kitab ini telah berusaha untuk menulis kitab ini التاريخ و المؤرخون العرب. Usaha murninya seharuskan dihargai dan kitab ini agak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan sejarah terutamanya berkaitan dengan sunber-sumber pensejarahan. Susunan bab juga mudah untuk dirujuk dan dengan adanya daftar isi kandungan, maka ia akan lebih membantu pembaca dan pengkaji sejarah untuk membuat rujukan. Namun yang demikian, terdapat beberapa kelemahan dalam penulisan kitab ini, penulis tidak menyertakan contoh-contoh dalam setiap huraian isinya. Selain itu, bahasa yang digunakan agak tinggi tahapnya. Walaupun begitu, bagi mereka yang mahir dalam Bahasa Arab dan pakar dalam sejarah sahaja dapat membantu memperjelaskan lagi isi-isi kandungan utama dengan penyertaan contoh-contoh dan sebagainya. Walaupun demikian, saya amat menghargai usaha penulis buku ini iaitu Daktor Syed Abdul Aziz Salim menulis dan menerbitkan kitab ini dan saya berasa bersyukur kerana dengan syarahan dan curahan ilmu daripada Prof Madya Dr Ismail Abu Bakar menggunakan kitab ini telah memberi satu ilmu yang amat bermanfaat khususnya dalam metodolgi kajian sejarah ini.

Buku Pengembaraan Ibn Battuta ( Rihalah Ibn Battuta ) oleh Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao



ULASAN KITAB RIHALAH IBN AL-BATTUTA


1.0 Pendahuluan

Ibn Battuta bukanlah seorang ulamak, ahli fikir atau tokoh yang ulung. Sebaliknya beliau ialah seorang penjelajah dunia serta pengembara yang memiliki pengamatan yang tajam selain amat berminat untuk memperhatikan setiap perkara yang aneh dan luar biasa. Beliau juga seorang yang sentiasa memberikan peringatan, yang kuat beribadah, yang sentiasa melakukan kebaikan, yang menjadi kemuliaan agama, yang gemar mengembara, yang sentiasa bergantung perjalanan hidupnya pada Allah SWT. Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji yang terkenal dengan gelaran Ibn Battuta. Dalam bidang sejarah, beliau telah mengukir nama melalui Rihalah Ibn Battuta dan karya ini telah mendapat reputasi hebat di kalangan para sejarawan, penyelidik, sarjana-sarjana dan mahasiswa-mahasiswa Islam dan Barat untuk menjadikan sebagai salah satu bahan rujukan sejarah. Walaupun rihalah ini telah berusia hampir tujuh kurun, namun demikian, ia sentiasa mendapat perhatian dan ini jelas membuktikan ia merupakan sebuah karya warisan Islam klasik yang amat istimewa dan sebagai satu sumber pensejarahan Islam. Sumber pensejarahan ini juga membuktikan akan kewujudan seorang pengembara Muslim yang terulung dalam lipatan sejarah.


2.0 Riwayat Hidup Ibn Battuta


Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji iaitu dinisbahkan pada Lawatah, salah sebuah kabilah Barbar. Beliau dikenali ramai sebagai Ibnu Battuta dan diberi gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Manakala tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai Pengemabara Yang Jujur.

Abu Abdillah Ibn Battuta, lebih dikenali Ibn Battuta telah disanjung sebagai musafir terbesar pada zaman prasejarah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sarjana ahli hukum Islam Tangier, Maghribi pada 1304, sewaktu di bawah kekuasaan Dinasti Marinid. Sebagai anak muda yang berminat mempelajari ilmu hukum, beliau meninggalkan kota asalnya pada tahun 1325 untuk menunaikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu setengah tahun perjalanan. Sepanjang perjalanan beliau sempat mengunjungi Afrika Utara, Mesir, Palestin dan Syria. Menurut Ross E. Dunn, Ibn Battuta bukan sahaja sudah mengelilingi wilayah Islam bahagian tengah, tetapi juga jauh mencapai wilayah sempadannya di India, Indonesia, Asia Tengah, Afrika Timur dan Sudan di Afrika Barat. Sejak pertengahan abad ke-19 Ibn Battuta mulai terkenal di kalangan pakar bidang sejarah Islam dan sejarah abad pertengahan selepas catatan dalam bahasa Arabnya, Rihalah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa, termasuk Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungari, Parsi dan Jepun. Menurut Dunn, Ibn Battuta memang berkelana serta melaporkan tempat-tempat yang jumlahnya jauh lebih banyak daripada yang dikunjungi Marco Polo. Laporannya memberikan perincian, kadangkala dalam peristiwa yang kecil, kadang-kadang dalam bentuk huraian yang panjang - tentang hampir setiap aspek kehidupan manusia yang dapat difahami pada abad tersebut. Dari upacara kerajaan Sultan Delhi hingga kepada adat kebiasaan seksual pada wanita di Kepulauan Maladewa dan sampai kepada pemetik buah kelapa di Semenanjung Arab Selatan diceritakan oleh beliau.


3.0 Isi Kandungan Rihalah Ibn Battuta


Pada bab awal, penulis menceritakan tentang Tangier, kota di mana Ibn Battuta dilahirkan, dibesarkan serta mendapat pendidikan agama Islam khususnya ilmu hukum. Ibn Battuta memulakan pengembaraan dari Tangier ke Afrika Utara pada tahun 1325 menuju Tlemcen kemudian sampai ke Tunis, seterusnya ke Iskandariyah. Beliau meneruskan perjalanan ke beberapa bandar di Syria sebelum ke Semenanjung Tanah Arab menuju Mekah. Pada tahun 1326, beliau berjaya sampai di Kota Mekah dan melakukan ibadah haji. Ibn Battuta meneruskan perjalanannya ke Parsi dan Iraq. Dalam tempoh setahun beliau telah melakukan perjalanan lebih 4,000 batu dengan mengunjungi kebanyakan kota besar di Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang raja Mongol. Ibn Battuta turut mengembara ke Turki dan katanya: ``Negeri yang disebut Bilad al-Rum ini adalah satu di antara wilayah paling baik di dunia; di dalamnya Tuhan telah membawa bersama-sama yang baik, yang disebarkan ke negeri-negeri lainnya. Penduduknya adalah yang paling elok rupanya, paling bersih berpakaian, paling nikmat dalam hal makanan, dan yang paling ramah di antara makhluk Tuhan.'' Dunn turut menceritakan pengalaman Ibn Battuta semasa mengembara dari satu kota ke kota di benua kecil India, kemudian menuju Sri Lanka. Beliau turut singgah di Kepulauan Maladewa yang terletak berhampiran Sri Lanka dan India. Di kepulauan itulah beliau melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan seorang perempuan berstatus bangsawan dan membolehkannya menjadi orang yang sangat berkuasa untuk beberapa ketika dan menjawat jawatan hakim. Ibn Battuta pernah sampai ke Asia Tenggara dan pernah singgah di Sumatera, menyusuri Selat Melaka dan kemudiannya singgah di Campa, sebelum sampai di China. Ketika itu, China di bawah pemerintahan Mongol. Beliau memuji China sebagai negeri yang luas dan makmur sekali yang terkenal kerana kualiti sutera dan tembikarnya. Katanya, ``China adalah negeri yang paling aman dan paling sesuai di dunia bagi musafir. Anda dapat mengembara sendirian melalui darat selama sembilan bulan tanpa rasa takut, sekalipun anda membawa kekayaan.'' Beliau mengambil masa selama lapan tahun untuk meneruskan pengembaraannya dari China kembali ke Afrika Utara, Sepanyol dan Afrika Barat. Pengembaraan terakhir beliau ke Mali, beliau menceritakan tentang kisah-kisah bermain-main dengan ular, kisah sifat tawaduk dan kesopanan orang berkulit hitam terhadap sultan dan kisah tentang perbuatan memakan daging manusia dan lain-lain. Ini membolehkannya menimba pelbagai pengalaman menarik seperti yang diceritakan oleh penulis. Selama perjalanannya yang hampir 30 tahun, beliau telah melintasi Dunia Timur hingga ke China, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu.

Ringkasnya, beliau telah melakukan tiga siri pengembaraan dan mengambil masa selama 30 tahun untuk menamatkan pengembaraannya. Pengembaraan beliau yang paling lama ialah pengembaraan yang pertama iaitu dari Maghribi hingga China. Selain dari itu, beliau juga telah mengembara ke negeri-negeri yang diketahui pada zamannya seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus ( Sepanyol ) dan juga negeri orang berkulit hitam iaitu Mali di Afrika Selatan. Ibnu Battuta paling lama menetap di India dan pernah menyandang jawatan sebagai kadi selama dua tahun dan di China selama dua tahun setengah. Beliau terbukti sebagai pengembara yang boleh dipercayai dan sangat jujur. Beliau telah mengelilingi bumi dan merentasi berbagai-bagai destinasi. Dengan yang demikian, pelbagai pengajaran dan pengalaman dapat beliau perolehi dengan amat teliti sekali disamping mengkaji segala perbezaan yang wujud antara manusia selain mempelajari cara hidup orang Arab serta Ajam ( bukan Arab ).

Buku Rihalah Ibn Bttuta ini mendapat perhatian dalam bidang sejarah. Melalui kitab ini pensejarahan tentang satu pengembaraan Islam dapat dijadikan bukti ilmiah dan dijadikan rujukan kepada masyarakat. Ibn Battuta telah mencatatkan pengalamannya yang dilihat di negeri-negeri yang dilawatinya, peristiwa-peristiwa menarik yang diingati dalam ingatannya. Di samping itu, beliau menceritakan orang yang ditemui, termasuk raja-raja negeri, ulamaknya yang terbilang dan wali-wali yang bertaqwa. Catatan-catatan pengembaraannya dicatat dengan gaya dan cara yang menghiburkan pemikiran dan memudahkan pembaca untuk membaca dan seterusnya memahaminya fakta yang ingin disampaikannya. Segala catatannya merangkumi setiap perkara aneh yang memberikan faedah dan perkara yang menakjubkan menarik perhatian. Catatan-catatannya ini telah dihimpunkan oleh Muhammad Ibn Juzayy al-Kalbi atas arahan Sultan Abu 'Inan. Setiap tajuk yang dicatat oleh Ibn Battuta dalam pengembaraannya dihimpun dalam satu himpunan yang lengkap. Seterusnya Ibn Juzayy al-Kalbi memindahkan penceritaan daripada Ibn Battuta dalam bahasa yang dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki oleh beliau dan dapat menerangkan catatan pengalaman pengembaraannya.

Ibn Juzayy telah mengkodkan lafaz yang diucapkan oleh Ibn Battuta tanpa mengubah asal lafaz tersebut. Ini supaya keaslian kata-katanya dapat dibuktikan. Dalam kitab Rihalah Ibn Battuta ini juga menyatakakn semua kisah dan peristiwa bersejarah yang dilalui. Namun, Ibn Juzayy tidak memastikan kesahihan atau penyelidikan atas kebenaran sesuatu kisah mahupun cerita. Ini kerana Ibn Juzayy berkeyakinan bahawa Ibn Battuta sentiasa bersandarkan kepada kenyataan yang benar dan juga sahih. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya kemusykilan pada nama-nama tempat dan orang tertentu, Ibn Juzayy telah meletakkan baris selain vokal, supaya ia lebih telus dalam menentukan ketepatan dan ejaan.

Ibn Juzayy turut menerangkan nama-nama bukan Arab dengan setepat mungkin kerana beliau khuatir akan mengelirukan orang ramai yang menatap kisah yang ada dalam kitab ini. Selain itu, nama-nama bukan Arab bersifat asing dan kaedah perbandingan yang biasa boleh menyebabkan kesilapan dalam menghuraikan kekeliruan tersebut.

Selepas Ibn Bathuthah meninggal dunia, manuskrip Rihalah ini telah tersebar dikalangan pelajar dan sarjana di Afrika Utara, Afrika Barat, Mesir dan di beberapa buah negara Islam yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantaraan. Karya Rihalah Ibn Battuta hanya mula dikenali di luar negara Islam pada awal kurun ke-19 iaitu apabila dua ilmuwan Jerman menerbitkan secara berasingan beberapa bahagian terjemahan Rihalah daripada manuskrip yang diperoleh di Timur Tengah.

Terjemahan Rihalah Ibn Battuta ke dalam Bahasa Perancis telah dilakukan oleh C. Defremery dan B.R Sanguinetti dan penerbitannya pada tahun 1853-1858. Semenjak itu, terjemahan Rihalah ini diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungary, Parsi dan Jepun. Pada tahun 1929, Sir Hamilton Gibb telah menghasilkan terjemahan berbentuk ringkasan dan beliau berusaha untuk menghasilkan terjemahan Rihalah yang lengkap di bawah naungan Hakluyt Society. Akhirnya, terjemahan itu diterbitkan dalam tiga jilid ( The Travels of Ibn Battuta 1325-1354 , translated with revisions and notes from the Arabic text edited by C. Defremery and B.R Sanguinetti, jilid 1, 1958; jilid 2, 1962 dan jilid 3, 1971: Cambridge University Press ). Namun yang demikian, jilid yang keempat iaitu bahagian yang terakhir Rihalah tidak berjaya diselesaikan penerbitannya.

Rihalah Ibn Battuta juga mendapat perhatian daripada pihak National Geographic Society yang berpusat di Washington, Amerika. Ini kerana karya ini sarat dengan maklumat geografi. Misalnya, majalah National Geographic telah menerbitkan artikel utama " Ibn Battuta Prince of Travellers " oleh Abercombie pada keluaran November 1991. Ini membuktikan National Geographic mengiktiraf karya Rihalah ini dan bersifat global terhadap usaha pemasyhuran karya ini. Selain itu, ini sebagai satu bukti pengiktirafan dunia barat terhadap hasil usaha pengembaraan Ibn Bathuthah sebagai pengembara Islam hingga dinobatkan sebagai putera ( prince ) pegembara. Abercombie mencatat, " Swayed by an overwhelming impulse, 21 years old Ibn Battuta left Tangier for Mecca in June 1325. Over the next 29 years that impulse carried him to Islamic outposts from Sumatra to Mali and returned him at least four times to the sacred city. His journey totaled 75000 miles – three times the distance logged by his European predecessor, Marco Polo."

Di Malaysia, kehebatan Ibn Bathuthah mendapat perhatian media cetak dan juga media elektronik. Pada tahun 1998, dalam Racangan Jejak Rasul yang masyhur telah menyiarkan kisah beliau dalam episod ke-14 ( Jejak Rasul 3, 1998 ) iaitu ketika kru TV3 membuat liputan penggambaran berhubung dengan Kota Tangiers ( Tanjah ), Morocco. Di mana, Jejak Rasul 3 telah menjejaki makam Ibn Bathuthah yang terletak dihujung lorong Rue Gzenaya di Tangiers. Malah, Jejak Rasul 3 ini juga menyifatkan Ibn Bathuthah sebagai tokoh pengembara Islam yang terkenal dan berwibawa dengan membawa obor Islam sepanjang pengembarannya.

Pada Ogos 2003 buat pertama kalinya, Institut Kefahaman Islam Malaysia telah berjaya menterjemahkan Rihalah Ibn Battuta ke Bahasa Melayu. Ini semestinya telah melakar satu sejarah abru di Malaysia. Secara tidak langsung ia menjadi naskhah kedua yang lengkap diterjemah selepas naskhah dalam Bahasa Perancis diterjemahkan.


4.0 Kesimpulan


Perbahasan di atas jelas memperlihatkan ketokohan dan kewibawaan Ibn Battuta dalam bidang sejarah. Walaupun sebahagian tokoh-tokoh orientalis mempertikaikan pengembaraan beliau. Namun hingga masa kini, Kitab Rihalah Ibn Battuta adalah antara kitab yang mendapat perhatian dalam bidang sejarah. Karya Rihalah Ibn Battuta kini telah berusia hampir tujuh kurun. Histografi Islam telah mencapai zaman kemuncaknya dengan kandungan maklumat-maklumat yang bermanfaat dan metod yang bersistematik ini. Pensejarahan beliau meliputi segala aspek kehidupan manusia dari segi pentadbiran, sosioekonomi, sosiobudaya dan sistem kemasyarakatan selama 30 tahun bermula tahun 1325. Pengembaraan beliau telah menjangkau Dunia Timur hingga ke China, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 73,000 batu. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi kitab pengembaraan Ibn Battuta menjadi salah satu sumber rujukan utama mengenai sejarah Islam di dunia.


By: Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Ai Pao